Sunday, April 22, 2012

I'am Not Alone

tidak sanggup hati ini merosakkan kesenangan hatinya menerima khabar baik ini walaupun aku masih ragu-ragu. tidak sanggup ingin membantah atau membiarkan dirinya tahu permasalahan yang aku alami...


entah mengapa..hati ini masih kaku tanpa sebarang reaksi positif. dalam kerendahan hati, kaki ini melangkah longlai..di benak fikiranku.." tidak mengapalah...demi sebuah pengalaman dan kebahagiaan insan yang melahirkan aku ke dunia ini..ku turutkan kata hati mereka...ku pendam rahsia hati....mulut juga bagaikan terkunci rapat...tidak mampu menuturkan kehendak hati.


bantu aku Ya Allah...di kala ini aku sangat memerlukanMu. Tabahkan hati ini. Redhakanlah hati ini menerima laluan hidup yang telah Engkau aturkan untukku...aku buntu. sampai saat ini aku masih keliru dengan perjalanan hidupku. Jadi, bantulah aku untuk menerimanya.


Alhamdulillah hikmah yang ku rasakan pada saat ini adalah aku semakin merasakan yang Engkau sentiasa menemaniku. Aku tidak merasakan yang aku keseorangan..Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui isi hatiku. Kemampuanku. Keupayaanku. Kebolehanku. Ya Allah bantulah hambaMu ini...


Sunday, April 1, 2012

Jika dia adalah jodohku..simpankanlah dia untukku Ya Allah..♥

Oh Tuhan..
Seandainya telah kau catatkan..
Dia milikku tercipta untuk diriku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan...


Ya Allah..
Kumohon apa yang telah Kau takdirkan..
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku...
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku...
Pelihara daku dari kemurkaanMu...






Jika dia adalah jodohku..simpankanlah dia untukku Ya Allah..♥


Popular Posts