Friday, August 17, 2012

Malam Terakhir Ramadhan


Ya Allah,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami,oleh itu berilah masa kpd kami utk terus beramal spt dlm bulan
ramadhan. Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk utk mentaati-Mu dgn ikhlas hati kami dan beribadat kpd-Mu mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah,
kami mohon kpd-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi utk bertemu dgn bulan ramadhan ditahun hadapan supaya dapat
kami mengabdikan kpd-Mu.
Ya Allah,
sekiranya kami tidak sempat bertemu dgn bulan ramadhan lagi, maka Engkau ampunkan
dosa kami dan masukkan kami kedalam syurga-Mu.
Ya Allah,
kami berharap dgn berakhirnya bulan ramadhan yg mulia ini, segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan,
Amin...

Tuesday, August 14, 2012

Childhood in Ramadhan


I started to learn fasting when I was 6 or 7 maybe. In one month, sometimes I am fasting and sometimes do not.  
 Everytime I am fasting I will being hungry when I was coming back from school.

"..Mom, may I eat now? I can't stand it anymore" . I begged. But my mother always said, " Be patient, dear. Now 2 o'clock already. Just 5 hours left. You better go to sleep ya.." My mom try to persuade me. Haha

To reduce hunger, I just go to sleep. Usually I will sleep until 5 o'clock. Then, to make the time running faster, my siblings and I going out and play with neighbour's children. We played happily. We laughed. We chased each other. Just like there's nothing happen even though my tummy never stop singing since coming back from school.haha.  When I was a child, I always played the game that Malays called it "Tuju Kasut". This game need you to run, make the tower of sandals and avoid the flying sandal that another one person trying to target to you. I love to run. Haha. 



At the same time, my mother was preparing the meal for our ''berbuka puasa" by herself.  My siblings and I played and played until dusk. As we know when the time getting dusk and dusk, the time to eat will be near. And Muslims called it Maghrib time. At this time Muslims will start eating after fasting for the whole day. It's about 7.20 to 7.35 pm o'clock. Usually several minutes before 7 pm, my father will call us to go back. When we heard my father, we rushed to go back. Yess, time to eat!! hehe. But before eat, we need to bath first. I bathed quickly and get ready at the dining hall. Haha so funny.



The first thing that we do after the time calling to eat is DRINK. Haha drink until we feel satisfied. Then, eating mother's cooking until full. When the tummy is getting bigger, we stop eating and go to watch TV for a while. Waiting until mom and dad calling for prayer.Haha..

After done of Maghrib prayer, we prepared for going out again. Do you know, what we are going to do? Haha we going to play fireworks. Again with our beloved neighbour's child. Again my mother left alone. Usually my father will go to mosque after Maghrib to make the Terawikh Prayer. This prayer is only have in Ramadhan . Sometimes when the stock of fireworks running out, we will play 'seek and hide' game.Haha seek and hide in the dark. Are you crazy?? haha but we were still played it. But in this situation, we will divided into a pair for safety.haha. Our parents actually never know it. And then, we walking from house to house to see the colourful light. Ah my childhood was so fantastic! Then we go back. Haha we need to go back before my father returned from the mosque.

Ok then, guess what we are going to do afterwards? 

Yes definitely!! 

We continue eating. Haha. Eating while wacthing TV. Wacthing until fall asleep. My mom ask to go to sleep early so that tomorrow will wake up easily for 'sahur'. Hehe. Sahur is eating before dawn. To give the energy so that we could fasting for the another day. Ha, this eating time is so hard. We need to fight sleepy and go for eat. Sometimes could sleep while eating. hehe. ok then after 'sahur' we make the Niat Puasa together. My father always make sure that we all have make the intentions to fasting for tomorrow. After that, we do the Subuh prayer and prepare for going to school. 

If we are not fasting, we are not allowed to eat together with fasting people. 

One day, I am not fasting. When they are eating I've not allowed to seat together with them. I am still can eat but I need to eat alone. Not on the table. But on the floor and for sure on a mat. hahaha. It's not a punishment actually. It's just a lesson for me to fasting. Because fasting is compulsary for us as a Muslim.

Then one more happiest thing is, if we are able to fasting in the whole month, we will be given  the money or 'duit raya' from dad. My father promised to give us RM 1 for one day fasting. If 30 days fasting, so we will get RM 30. huhu. So, it makes us happy to fasting.
 ~ will be continue..for Hari Raya story ~



*footnote : Sorry If there's a lot of grammar mistake in this story. I just want to try write in English. Any comment please drop by here.TQ :)

Monday, August 13, 2012

Tart Badam Bercoklat


Assalamualaikum...
Hari ni sy nak share satu resipi. InsyaAllah sedap. Memandangkan tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, jadi moleklah kiranya jika anda2 sume mencuba membuat kuih ni. Oke, namanya Tart Badam bercoklat. Actually nama sebenar sy kurg pasti. Tapi die lebih kurang mcm cheese tart. cuma nye cheese tart badannye warna putih. tapi tart ni badannye warne coklat sebab letak cocoa powder. :D So jadilah namenye tart coklat berbadam atau tart badam bercoklat..tak kisahla namanye ape asalkan ianya sedap dan halal dimakan. :) Kuih ni sy belajar mase join kelas masakan yang dianjurkan oleh RISDA utk para ibu di kampung2.. Actually RISDA mmg selalu buat program macam ni.  kelas belajar buat biskut, kek, aiskrim, belajar menjahit dsb...So, masuk ni sy dah 2x jadi penyibuk ( ikut my mom ). Kadang2 seronok jugak masuk kelas masakan dgn makcik-makcik ni. Banyak ragam. hehe. Oke lah stop ckp melalut-lalut. Jom kita tgk resipinya..

Bahan-Bahan :

A) Doh Tart
150g mentega ( nak gune buttercup pun boleh )
80g gula kastor ( gula icing pun boleh )
1/2 biji telur gred B
250 g tepung gandum
1 camca serbuk koko ( kalau sikit boleh tambah ikut kesukaan )
sedikit esen vanilla

B) Filling dalam Tart
70g hirisan badam *dibakar terlebih dahulu ( tapi sy letak badam nib, untuk lebih rasa sedap )
200g coklat masakan ( cairkan )
Badam cincang untuk hiasan ( gune white choc untuk hiasan pun boleh, ikut kreativiti masing2 ;p)

oke jom tgk cara membuatnya...... :)

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.

2. Kemudian masuk tepung gandum yang telah dicampurkan dengan serbuk koko ke dalam bancuhan tadi.

3. Uli adunan sehingga membentuk doh.

4. Kemudian letakkan adunan tadi di dalam acu tart. Pastikan acu disapu marjerin terlebih dahulu supaya tart mudah ditanggalkan dari acuan. Tart mestilah tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Sebelum dibakar pastikan cucuk tart dengan garpu supaya bahagian dalam tart masak dengan sempurna. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit dengsn 170 C.
5. Setelah masak keluarkan ia dari acuan dan letakkan badam pada setiap tart. Setelah itu masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam setiap tart sehingga menutupi badam. Untuk hiasan boleh letak badam cincang atau corakkan dengan menggunakan white chocolate.
Tarra!!!!!!! da siap..beginilah hasilnya. Mudah kan??
-Selamat Mencuba-
p/s : Cuba jangan tak cuba. Kalau anda juga punya resipi maskan yg ingin dikongsikan boleh kongsikan di ruangan komen atau tinggalkan link utk mudah sy pergi ke blog anda. :)


Thursday, July 19, 2012

Ramadhan datang lagi..

Sedar tidak sedar, kita telah pun berada di penghujung Bulan Syaaban iaitu bulan kedua selepas Bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Seperti yang kita tahu, apabila berakhirnya bulan Syaaban, maka datanglah satu bulan yang dipanggil 
Bulan Keampunan dan Keberkatan iaitu Bulan Ramadhan.
Di dalam Bulan Ramadhan, apa saja amalan yang kita lakukan akan digandakan pahalanya.
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berada di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Itu tandanya Allah masih menyayangiku. Allah masih beri aku peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas dosa-dosaku yang lalu. Dalam Bulan Ramadhan, segala amalan akan digandakan. Malah Allah juga akan bukakan pintu-pintu keampunan seluas-luasnya.

Hasrat hati ini terlalu tinggi. Sudah lama rasanya tidak berpeluang menyambut Ramadhan sepenuhnya bersama mak dan abah di kampung. Namun pada tahun ini, aku menyimpan hasrat yang terlalu tinggi. Aku ingin berada sebulan Ramadhan di kampung bersama mak dan abah tanpa ada komitmen dunia yang lain selain menjalankan tanggungjawab sebagai anak. Ingin melalui Ramadhan hanya sebagai hamba Allah, anak kepada kedua orang tuaku dan juga khalifah di muka bumi.
Hati ini juga sangat teringin merasai betul-betul kemanisan berada di Bulan Ramadhan. Ingin betul-betul merasai keberkatannya. Ingin juga seperti orang lain. Tidak sabar menanti kehadirannya dan menangisi pemergiannya.

Semoga Allah beri aku kesempatan ini dan Semoga Allah jua permudahkan langkahku ini. Amin

Sunday, April 22, 2012

I'am Not Alone

tidak sanggup hati ini merosakkan kesenangan hatinya menerima khabar baik ini walaupun aku masih ragu-ragu. tidak sanggup ingin membantah atau membiarkan dirinya tahu permasalahan yang aku alami...


entah mengapa..hati ini masih kaku tanpa sebarang reaksi positif. dalam kerendahan hati, kaki ini melangkah longlai..di benak fikiranku.." tidak mengapalah...demi sebuah pengalaman dan kebahagiaan insan yang melahirkan aku ke dunia ini..ku turutkan kata hati mereka...ku pendam rahsia hati....mulut juga bagaikan terkunci rapat...tidak mampu menuturkan kehendak hati.


bantu aku Ya Allah...di kala ini aku sangat memerlukanMu. Tabahkan hati ini. Redhakanlah hati ini menerima laluan hidup yang telah Engkau aturkan untukku...aku buntu. sampai saat ini aku masih keliru dengan perjalanan hidupku. Jadi, bantulah aku untuk menerimanya.


Alhamdulillah hikmah yang ku rasakan pada saat ini adalah aku semakin merasakan yang Engkau sentiasa menemaniku. Aku tidak merasakan yang aku keseorangan..Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui isi hatiku. Kemampuanku. Keupayaanku. Kebolehanku. Ya Allah bantulah hambaMu ini...


Sunday, April 1, 2012

Jika dia adalah jodohku..simpankanlah dia untukku Ya Allah..♥

Oh Tuhan..
Seandainya telah kau catatkan..
Dia milikku tercipta untuk diriku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan...


Ya Allah..
Kumohon apa yang telah Kau takdirkan..
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku...
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku...
Pelihara daku dari kemurkaanMu...






Jika dia adalah jodohku..simpankanlah dia untukku Ya Allah..♥

Saturday, March 31, 2012

I MiSS You...♥

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

~ Ungkapan ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga kepada sahabat-sahabat kita.. :-)






Popular Posts