Sunday, October 23, 2011

Dadu Cinta


......erm nak telefon mak la..bisik hati kecil Qaisara...lantas telefon bimbitnya dicapai dan mendail nombor telefon rumah.
"Assalamualaikum, mak..Qaisara ni...", ucap Qaisara..
"Waalaikumusalam...haa Qaisara..sihat ke nak?, tanya Mak Cik Kiah kepada anaknya..
Alhamdulillah sihat mak...Mak sihat? Abah? Abah mana mak?
Mak abah sihat aje Alhamdulillah..Abah kamu macam biasela pergi ke surau...
Oooo...ni mak, nak gtau , hujung minggu ni Qai balik...cuti seminggu...abang balik tak? kalau balik, nak tumpang sekali..." tanya Qaisara sambil tersenyum simpul..
Aah...abg kamu balik jugak hujung minggu ni...bolehla suruh dia jemput kamu di kolej nanti..Tapi dia bawak Kak Sheila sekali..katanya nak tempah baju pengantin...", beritahu Mak Cik Kiah.
La..yeke..rungut hati kecil Qaisara..Dia segan dengan bakal kakak iparnya kerana mereka belum pernah bertegur sapa..jumpa pun baru tiga kali..tapi hanya berbalas senyuman sahaja...Menurut pandangan pertamanya Kak Shiela tu agak pendiam dan tidak mesra. Yelah sudah tiga kali jumpa tapi masih belum bertegur sapa..
" hmm kalau macam tu xpela mak. Nanti Qai SMS abang." sambut Qaisara...
"okla mak..nanti kita jumpa ye..kirim salam pada abah ye mak..Assalamualaikum."
"ok jaga diri kamu elok2..jangan lupa solat...Waalaikumusalam" pesan Mak Cik Kiah..
"InsyaAllah mak.."jawab Qaisara..
        
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------      


"Assalamualaikum Qai..abang dah nak sampai ni...siap2 lah ye.. lagi setengah jam abang sampai ", pesan Abang Lutfi sewaktu menelefon Qaisara..
"Ye abg, Qai pun memang dah nak siap ni..." sahut Qaisara..kemudian diletaknya telefon dan mula berkemas apa yang patut.
selang beberapa minit kemudian Abang Lutfi menelefon lagi dan memberitahu dia sudah sampai di hadapan kolej Qaisara..
Qaisara pun bergegas keluar dari bilik dan turun ke bawah mendapatkan Abang Lutfi...dengan lembut dia menghulur tangan menyalami abang sulungnya dan Kak Sheila bakal kakak iparnya.
Kali ini Kak Sheila nampak lebih mesra..yelah mungkin masanya semakin hampir untuk dia menjadi sebahagian daripada keluarga Qaisara. Hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi Abg Lutfi dan Kak Sheila akan disatukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam kereta, Qaisara dan Kak Sheila rancak berbual. Seakan mereka sudah lama kenal. Qaisara mula menyenangi Kak Sheila. Dia mengaku, pada awalnya memang dia tidak menyenangi kehadiran Kak Sheila dalam hidup abangnya. Mungkin masih belum bersedia melihat abangnya akan mempunyai keluarga lain selain keluarganya. Sedikit cemburu menerpa perasaannya sewaktu mula-mula mendapat khabar yang Abg Lutfi mahu mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya 6 bulan lepas.

Beberapa jam kemudian, mereka pun sampailah di kampung halaman. Pak Cik Hashim dan Mak Cik Kiah sedang setia menunggu kepulangan anak-anak mereka.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum..."laung Qaisara sambil mengusung beg. 
"Marilah kak, masuk.." pelawa Qaisara kepada Kak Sheila.
Kemudian Qaisara mendapatkan mak dan abah lantas menyalami kedua-dua telapak tangan mereka serta mengucup mesra.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mari masuk, Sheila...buat mcm rumah sendiri..nanti tak lama lagi nak jadi ahli keluarga ni juga kan.." tutur mak pada Kak Sheila..
"Ye Mak Cik.."sahut Kak Sheila sambil menyalami tangan mak dan mengucup mesra.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mak Masak ape ni? ,tanya Qaisara melihatkan mak masih memakai apron memasak. Dapur gas pun masih berasap..
"Masak sambal tumis udang," jawab mak..
"Qai..bawaklah Kak Sheila kamu ke dalam..berehat..penat tu lama-lama dalam kereta tadi.." pesan Mak Cik Kiah pada Qaisara..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mari,kak saya tunjukkan bilik, " ajak Qaisara.
"Mak Cik, saya masuk tukar baju dulu ye.."kata Kak Sheila pada Mak Cik Kiah...sungguh lembut tutur kata Kak Sheila...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa minit kemudian Kak Sheila keluar bilik dengan berpakaian seperti mahu memasak. Dengan tanpa rasa kekok dia terus mendapatkan Mak Cik Kiah di dapur yang sedang memasak. Lantas dia meminta senduk yang Mak Cik Kiah pegang dan menyambung masakan Mak Cik Kiah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Eh..Sheila tak payah susah2...pergi duduk situ, biar mak buat..Sheila kan baru sampai..mesti penat...", kata Mak Cik Kiah..
"Ala..tak pe mak...dah biasa buat kerja-kerja ni semua..tak pe mak duduk je.." tutur Sheila dengan lembut..
Mak Cik Kiah cuba menghalang Sheila dari membuat kerja-kerja dapur memandangkan dia baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur. Namun, Sheila tetap juga berkeras mahu menolong.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mak Cik Kiah pun naik malu dengan bakal menantunya..Mak Cik Kiah hanya mampu tersenyum. Walaupun Sheila baru pertama kali berkunjung ke rumahnya tetapi cara Sheila menyesuaikan diri di rumah tersebut seperti sudah berkali-kali dia berkunjung ke rumah Mak Cik Kiah dan Pak Cik Hashim.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah Qaisara mengemas barang-barangnya..dia pun menjengah ke dapur.. Tampak Kak Sheila dan ibunya sedang rancak berbual..Sangat mesra. Tutur kata Kak Sheila sangat lembut dan sopan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hai..kak..sampai2 dah masak..kalau ye pun rehatla dulu, " sampuk Qaisara ketika ibu dan Kak Sheila sedang rancak berbual.
"Tak pe lah Qai...akak dah biasa buat kerja semua ni..kat rumah akak, kalau akak tak buat kerja rumah alamatnya kena marah la dengan mak akak..", jawab Kak Sheila..Mereka pun ketawa lantas memecah kesunyian rumah Pak Hashim dan Mak Cik Kiah yang selama ni senyap sunyi dek kerana semua anak Pak Hashim dan Mak Cik Kiah sudah bekerja dan belajar di Kuala Lumpur. Hanya Mak Cik Kiah dan Pak Hashim tinggal berdua. Cuma kadangkala anak bongsu mereka ada pulang ke rumah dua minggu sekali. Anak bongsu mereka tinggal di asrama dan masih belajar di Tingkatan 5.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Qai..panggil abah dan abg kamu makan..." pesan Mak Cik Kiah pada Qaisara.
Qaisara pun terus mendapatkan abah dan abangnya dan mengajak mereka makan...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di meja makan..Kak Sheila ligat menyediakan dan menghidangkan makanan untuk Mak Cik Kiah sekeluarga..
"Eh Sheila..duduk la..biar mak buat semua ni..." kata Mak Cik Kiah..Dalam hati Qaisara mula menangkap satu perkataan yang baru sahaja ibunya tuturkan sebentar tadi. "Mak" .'Mak dah mula membahasakan diri sebagai  "Mak" ke dengan Kak Sheila? rungut hati kecil Qaisara.."Amboi awalnya dah panggil mak"..getus Qaisara lagi.Ada riak cemburu di wajahnya. Namun, Qaisara cepat-cepat tepis perasaan itu walaupun sejujurnya dia masih belum bersedia menerima orang lain dalam keluarganya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semakin lama semakin kerap Qaisara mendengar Kak Sheila memanggil ibu dan abahnya dengan gelaran "Mak" dan "Abah". Mak Cik Kiah juga begitu. Kerap kali membahasakan dirinya "Mak" dengan Sheila.
Terasa happy pulak Qaisara bila mendengarnya...Yelah kan nak tambah ahli keluarga baru...Lama-kelamaan dia semakin menyenangi Kak Sheila..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang Kak Sheila berada di rumah mereka...Seolah-olah Qaisara pula yang menjadi tetamu. Semua kerja-kerja dapur Kak Sheila yang buat.
Qaisara hanya menolong serba sedikit apa yang patut. Qaisara mula menyukai Kak Sheila..Walaupun beliau tidak tinggi pendidikannya tetapi budi bahasanya meruntun jiwa Qaisara. Sedikit sesal dalam hatinya kerana pernah mempunyai perasaan negatif pada Kak Sheila..Benarlah kata pepatah orang melayu; "Tak Kenal, Maka Tak Cinta"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi Qaisara, Kak Sheila sangat baik orangnya. Kak Sheila sering bercerita mengenai ibu dan ayahnya. Daripada apa yang Kak Sheila ceritakan, ternyata Qaisara sangat mengagumi keluarga Kak Sheila dan juga Kak Sheila sendiri..Kak Sheila sangat lembut tutur katanya, pandai memasak, membuat kraf tangan, pendek kata Kak Sheila memang mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang isteri yang baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Aku juga ingin sepertinya...;" bisik hati kecil Qaisara. Tiba-tiba ingatannya terbang melayang teringat seseorang yang jauh di mata....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Qaisara sangat2 berharap agar jodoh Kak Sheila dan Abang Lutfi berpanjangan. Semoga apa yang Qaisara nampak pada Kak Sheila sebelum Kak Sheila sah menjadi kakak iparnya berterusan sehingga Kak Sheila sah menjadi isteri kepada Abang Lutfi kelak.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah yang terjadi selepas itu? Nantikan kemunculan Dadu Cinta Episod 2.


( bersambung..........)



No comments:

Post a Comment



Popular Posts